Welcome with Islamic Greeting, Assalamualaikum w.b.t. May peace, mercy and blessing of Allah SWT, of Almighty God on you

Monday, May 30, 2011

Membentuk Peribadi Mulia

Assalamualaikum w.b.t. Post kali ini saya nak bercakap berkenaan Kebijaksanaan. Mengapa setiap insan di dunia ini memiliki kebijaksanaan yang berbeza. Persoalannya kenapa? Pernah tak kita terfikir setiap perlakuan kita, percakapan kita, dan pemikiran kita melatih kebijaksanaan dalam diri kita. Dalam Asma Ul-Husna, nama Allah yang ke-46, Al-Hakiim yang bermaksud Yang Maha Bijaksana. Jika kita mempunyai sesuatu masalah, maka selesaikanlah ia dengan cara yang paling bijaksana kerana kita adalah hamba Allah Yang Maha Bijaksana.         
source: Asma Ul Husna,  Blue T Publication.
"Jika engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" (Al-Maidah: 118)
Dari sini kita dah boleh berfikir, inilah cara untuk kita mendekatkan diri pada Allah. Jika kita rasa perlakuan kita, percakapan kita, pemikiran kita tidak menunjukkan kebijaksanaan, bahkan membawa kepada kegagalan. Kita hendaklah sentiasa kembali kepada Allah, mendekatkan diri dengan Nya, selalu berzikir kepadaNya. InsyaAllah, segala kesulitan akan dimudahkan. Allah sangat suka kepada orang yang selalu ingat padaNya. Antara fadhilat yang bolehkita amalkan, selalulah membaca 'Ya Hakiim' setiap hari. Semoga kita dikurniakan kecerdasan dan kebijaksanaan. InsyaAllah.