Apabila melihat pihak penganjur bersemangat melaungkan TAKBIR dituruti hadirin yang hadir pada masa itu, saya rasa sangat gembira seakan melihat perpaduan umat Islam di Malaysia sangat kukuh. Namun demikian, tujuan saya hadir bukan hanya sekadar bertakbir, saya dan beberapa sahabat2 saya wakil dari satu NGO datang untuk menemuramah peserta yang hadir ke HIMPUN itu. Secara asasnya, saya dan sahabat lain bertanya tentang kepentingan berdakwah? mengapa begitu banyak kes murtad? siapa yang patut disalahkan? Berikut adalah beberapa jawapan dari respondan:
1.Menyalahkan 'law' di Malaysia dan meminta undang2 digubal untuk mengharamkan penyebaran Agama Kristian.
Pada pendapat saya kita tak boleh nak salahkan undang2. Ramai orang yang reverts Kristian sebab banyak 'preach' yang golongan mereka usahakan. Tapi bila kita 'check' balik, berapa banyak dakwah yang kita buat bagi Non-muslim(golongan hanif) untuk ajak masuk Islam??? Mereka BERUSAHA, adakah kita pun turut BERUSAHA???
2. Ada juga pihak yang tahu kepentingan berdakwah(preaching), tapi buat tak tahu- oleh kerana rasa tak layak dan masih tak cukup ilmu.
Rasanya kalau kita nak tunggu ILMU itu cukup, sampai ke liang lahad pun masih tak cukup lagi, kita pun tahu Ilmu Allah itu tiada had. Namun kita hendaklah sampaikannya. Bukan mencari alasan semata-mata.
Mengambil hadis Rasulullah S.A.W:3.Banyak juga respondan yang mem'polotik'kan agama apabila ditanya berkiatan dengan dakwah dan masalah murtad.
" Ballighu 'annii walau bil ayah"
Yang bermaksud, "sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"
Agama datang dahulu atau politik yang datang dahulu. WHICH ONE COMES FIRST? Pemikiran maysarakat malaysia lebih2 lagi yang beragama Islam(tanpa mengira kaum) perlu di'brain wash'kan. Politik bukanlah segalanya.
sebagai contoh poster yang ada pada masa HIMPUN SEJUTA UMAT:
Kedua2 poster ini cantik, mesti mahal nak tempah, tapi lagi cantik kalau perkataan MELAYU itu tiada. Sejak bila Agama Islam merupakan Agama Melayu?? Atau Agama Orang Arab?? Kalau saya Mualaf Cina yang turut hadir pada masa itu, saya pun akan rasa DISKRIMINASI. Sebenarnya Islam adalah hak semua orang tanpa mengira Bangsa atau Kaum atau dari mana ceruk kita asal.
4.Ada juga senario yang tak dijangka berlaku. Apabila salah seorang sahabat menemuramah satu kumpulan remaja yang terdiri dari lelaki dan perempuan. Apabila ditanya satu soalan, remaja lelaki mengarahkan kawannya remaja perempuan untuk menjawab soalan sahabat saya, tetapi remaja perempuan itu tak mampu untuk menjawab soalan yang ditanya. Sebaliknya remaja lelaki tersebut memarahi kawannya dengan berkata "lagi baik tak payah pakai tudung kalau soalan ni pun tak boleh jawab!".
Konklusinya pemikiran masyarakat kita memang kolot. Tak semestinya orang yang berpakaian menutup aurat atau sebagainya mesti tahu semua perkara, atau tak boleh ada salah. Kita bukan bersifat maksum. Kita tak boleh memandang rendah pada orang yang mempraktik cara hidup Islam dengan melihat kelemahannya.
5.Ada juga peserta yang hadir HIMPUN itu, seorang permpuan bertudung litup bersikap PLURALIS. Maksud PLURALIS ialah memandang semua agama adalah sama. Apabila ditanya, dia mengatakan apabila 'THE END OF THE DAY' nanti baru tahu sama ada agama yang dipilihnya (Islam) benar atau tidak.
'Which mean' dia sendiri pun tak pasti agama yang dianutinya betul2 benar, betul2 sahih atau tidak.'See', masalah2 macam ini lah yan boleh membawa kepada murtad, kita tak boleh nak salahkan 'missioneries', kita sendiri yang tak mahu ambil inisiatif untuk kaji agama sendiri.
6. Ada juga yang hadir ke HIMPUN kerana benci kepada agama lain, benci kepada dakyah yang mereka sampaikan. Bersikap prejudis.
Sebagai contoh kes HOLY WATER. Malas nak ulas panjang perkara fitnah ini, boleh baca link di bawah;
7.Dalam banyak2 jawpan dari respondan, ada juga yang mengejutkan kami. Ada antara sahabat kami terjumpa budak2 sekolah yang turut hadir pada masa itu, ditanya tentang apa perkara yang paling penting dalam Islam. Rata2 menjawab perkara yg paling penting ialah solat, puasa, tutup aurat, jaga batas pergaulan.
Tak ada pun antara mereka yang menjawab perkara yang paling penting ialah akidah kita, iman kita. Tak seorang pun yang mampu jawab dengan jawapan itu.
8.Ada juga yang menjawab dakwah hanya kepada orang Islam.
8.Ada juga yang menjawab dakwah hanya kepada orang Islam.
eh?? Dakwah hanya kepada orang Islam?? Hanya orang Islam?? Apakah maksud dakwah sebenarnya?? Dakwah ber erti mengajak orang memeluk agama Islam. Macam mana kita nak mengajak orang yang sudah Islam memeluk Islam?? Cuba cari maksud ISLAH dan DAKWAH.
9. Ada juga yang mengharapkan pak-pak Ustaz untuk berdakwah.
10.Tak nak ambil tahu hal agama lain.
11. Ramai yang tak tahu peranan diri sendiri dalam dakwah.
12Mengharapkan pihak berkuasa sahaja yang mengendalikan kes murtad.
27.Menyatakan masalah berpunca dari keluarga.
Di atas merupakan beberapa jawapan dari respondan. Ada juga respondan yang bersikap positif, tetapi hanya segelintir sahaja. Konklusinya, HIMPUN SEJUTA UMAT berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Namun pemikiran masyarakat kita masih lagi tidak berjaya.
Di bawah saya sertakan satu klip video, antara usaha saya dan sahabat yang lain dalam projek SHARE ISLAM di Bukit Bintang KL.
No comments:
Post a Comment