Welcome with Islamic Greeting, Assalamualaikum w.b.t. May peace, mercy and blessing of Allah SWT, of Almighty God on you

Wednesday, December 7, 2011

Tricks of Satan


Bila kita ada buat salah dengan seseorang mesti kita akan cuba jauhi orang itu. Kita akan cuba elak untuk berjumpa dengan orang itu. Sebab apa?? Sebab memang sifat kita sebagai manusia akan berasa malu dengan kesalahan yang kita dah lakukan. 

Sama juga, kalau kita ada buat dosa. Sama ada dosa kecil atau dosa besar. Pada siapa kita akan cuba jauhkan diri? pada siapa kita akan cuba elak? Tentu sekali pada Allah SWT. Sebab kita berasa malu dengan dosa yang kita dah buat. Pada waktu itu, kita berasa kita tidak layak untuk berdoa kepada-Nya oleh kerana rasa malu itu. Lambat laun kita akan mula jauhkan diri dari Allah SWT.

That the point!!Dari sini Syaitan akan mula mengambil alih fikiran kita, hati kita. Kita akan mula mudah terpengaruh dengan hasutan atau ajakan untuk melakukan kemungkaran mahupun kejahatan. 

Kita pernah dengar ada individu apabila ditegur tentang kesalahannya. Dia akan menjawab
"Alah, leceh la, belum sampai seru" 
"Kalau aku berdoa pun, belum tentu akan dimakbulkan"
"bila dah sampai masa nanti, baru lah aku berubah" 
"nak buat apa aku contohi org tu, itu bukan diri aku, aku tak nak lah jadi HIPOKRIT"  
Hati kita akan mula goyah, keyakinan kita menjadi semakin lemah.
\
Konklusinya,kita manusia yang lemah, mesti akan melakukan kesilapan. Kita bukan maksum. Tapi, kita tak boleh berputus asa, walaupun kita baru saja melakukan dosa, kita kena tetap Zikrullah. Kita kena cepat bertaubat.

Kepada siapa lagi kita ingin bergantung dan berharap melainkan Dia? Kepada siapa lagi kita ingin memohon ampun dan maaf selain dari Dia?

Jadilah seperti seorang budak kecil yang comel dan ibunya. Walaupun si comel itu dimarahi, tapi dia tetap disisi ibunya. Tetap memegang tangan ibunya. Kerana  tiada tempat lain untuk si comel bergantung dan berlindung. Hakikatnya, kita sebagai manusia pun sama, lemah dan tidak berdaya..




No comments: