Welcome with Islamic Greeting, Assalamualaikum w.b.t. May peace, mercy and blessing of Allah SWT, of Almighty God on you

Wednesday, February 29, 2012

I want to have sex, drink, and party but yet still praying for the Jannah(Heaven)


#Akan ada 2 obstacles bagi seseorang untuk mencapai jalan yang benar (the truth path) 
  1. Syubuhat (doubts)
  2. Syahawat (desire)
Syubuhat 
Golongan ini, mereka kurang faham dan berasa ragu dengan jalan kebenaran yang ada di hadapan mereka. Kalau mereka yakin, mereka akan  ikut (beriman) dengannya. The best solution, mereka perlu mencari ilmu dengan orang yang arif dalam ilmu itu. Berusaha tafsir kalamullah dan sahih hadith. Dengan ilmu itu mereka beramal.

Syahawat
Merupakan satu masalah yang amat besar bagi seorang muslim @ alim. Golongan ini sukar untuk meninggalkan keinginan diri mereka atau meninggalkan perkara yang mereka suka. Walaupun mereka seorang yang berilmu belum tentu mereka berserah diri 100% kepada Allah oleh sebab ini. Contohnya:

  • Kita tahu berdua-duan dengan jantina yang berlainan itu haram (Hadith riwayah At Thirmidhi 2165) tapi masih lagi tidak boleh tinggalkan perkara "couple". Sampai ada yang mengatakan, kami selalu nasihat perkara yang baik2, so dibenarkan.
  • "Makanan itu sedap, makanan ini sedap. Walaupun mahal, tak pe lah. Sekali sekala je." Golongan ini akan isi perut mereka sehingga penuh. Sedangkan mereka tahu, sunnah Rasulullah PBUH mengajar kita untuk bersederhana. This kind of people, sebenarnya mereka sedang menternak nafsu mereka. Bila sampai satu tahap, kita tak mampu untuk menolak keinginan nafsu kita sebab kita dah memanjakan nya.
  • Apabila kita melakukan satu dosa kecil. Kita mengatakan, tak pe lah. Dosa kecil sahaja. At least aku tak buat dosa besar. 
  • Aku suka sangat tengok movie tentang kisah cinta macam 'Nur Kasih'. Cerita ni Islamik, bagus untuk dicontohi. Walaupun mereka (pelakon) sedang bersentuhan/berpelukan dengan bukan mahram mereka. Tapi sebab cerita ini tunjuk nilai positif, maka tak haram kot. Jadi aku sumbangkan RM 12 untuk tiket wayang. Semoga industri perfileman negara akan semakin maju.  
  • Aku nak beli kereta mewah la. Tapi aku tak cukup duit lagi. Tak pe la, boleh buat loan. Aku rasa mesti halal, tak akan ada riba. Lagipun aku guna Islamic Banking. Ramai orang lain buat yang sama. Walaupun aku kene bayar lebih pada bank, tapi aku bayar sebab mereka dah tolong aku, bagi guna duit untuk jumlah yang banyak pada waktu aku perlukan.
  • Alamak game ni aku tak habis main lagi la. Tapi dah masuk azan dah. Tak pe kot lewatkan sikit. Sikit je lagi nak habis main game nih. Lagipun, bukannya aku tinggalkan solat pun, lewatkan saja.  Nanti waktu solat aku minta maaf la daripada Allah sebab lewatkan solat. Tak mungkin jugak aku mati waktu main game, so confirm la sempat nak solat lepas ni. 
#Kalau kita perasan, mereka ini cuba untuk menyesuaikan ajaran Islam dengan kehidupan mereka. Mereka bukan hidup berdasarkan ajaran Islam. Tapi ajaran Islam diolah mengikut kehidupan mereka.

#Kita berusaha untuk mencari hiburan mengisi keinginan diri untuk mencari kepuasan. Apa yang kita akan dapat ialah kita tak akan pernah puas. Sebab semua yang kita cari adalah suatu perkara yang palsu yang bersifat sementara.

#Tujuan kita untuk mancari hiburan, kerana kita ingin lari dari masalah yang menimpa kita. Kita tak selesaikan masalah, tapi kita cuba lari darinya. Selepas kita mencari hiburan, kita dapati masalah masih tetap masalah, masih tidak selesai, malah makin bertambah teruk.

**Special thanks to The Deen Show for the video.
 

No comments: