Welcome with Islamic Greeting, Assalamualaikum w.b.t. May peace, mercy and blessing of Allah SWT, of Almighty God on you

Wednesday, February 29, 2012

I want to have sex, drink, and party but yet still praying for the Jannah(Heaven)


#Akan ada 2 obstacles bagi seseorang untuk mencapai jalan yang benar (the truth path) 
  1. Syubuhat (doubts)
  2. Syahawat (desire)
Syubuhat 
Golongan ini, mereka kurang faham dan berasa ragu dengan jalan kebenaran yang ada di hadapan mereka. Kalau mereka yakin, mereka akan  ikut (beriman) dengannya. The best solution, mereka perlu mencari ilmu dengan orang yang arif dalam ilmu itu. Berusaha tafsir kalamullah dan sahih hadith. Dengan ilmu itu mereka beramal.

Syahawat
Merupakan satu masalah yang amat besar bagi seorang muslim @ alim. Golongan ini sukar untuk meninggalkan keinginan diri mereka atau meninggalkan perkara yang mereka suka. Walaupun mereka seorang yang berilmu belum tentu mereka berserah diri 100% kepada Allah oleh sebab ini. Contohnya:

  • Kita tahu berdua-duan dengan jantina yang berlainan itu haram (Hadith riwayah At Thirmidhi 2165) tapi masih lagi tidak boleh tinggalkan perkara "couple". Sampai ada yang mengatakan, kami selalu nasihat perkara yang baik2, so dibenarkan.
  • "Makanan itu sedap, makanan ini sedap. Walaupun mahal, tak pe lah. Sekali sekala je." Golongan ini akan isi perut mereka sehingga penuh. Sedangkan mereka tahu, sunnah Rasulullah PBUH mengajar kita untuk bersederhana. This kind of people, sebenarnya mereka sedang menternak nafsu mereka. Bila sampai satu tahap, kita tak mampu untuk menolak keinginan nafsu kita sebab kita dah memanjakan nya.
  • Apabila kita melakukan satu dosa kecil. Kita mengatakan, tak pe lah. Dosa kecil sahaja. At least aku tak buat dosa besar. 
  • Aku suka sangat tengok movie tentang kisah cinta macam 'Nur Kasih'. Cerita ni Islamik, bagus untuk dicontohi. Walaupun mereka (pelakon) sedang bersentuhan/berpelukan dengan bukan mahram mereka. Tapi sebab cerita ini tunjuk nilai positif, maka tak haram kot. Jadi aku sumbangkan RM 12 untuk tiket wayang. Semoga industri perfileman negara akan semakin maju.  
  • Aku nak beli kereta mewah la. Tapi aku tak cukup duit lagi. Tak pe la, boleh buat loan. Aku rasa mesti halal, tak akan ada riba. Lagipun aku guna Islamic Banking. Ramai orang lain buat yang sama. Walaupun aku kene bayar lebih pada bank, tapi aku bayar sebab mereka dah tolong aku, bagi guna duit untuk jumlah yang banyak pada waktu aku perlukan.
  • Alamak game ni aku tak habis main lagi la. Tapi dah masuk azan dah. Tak pe kot lewatkan sikit. Sikit je lagi nak habis main game nih. Lagipun, bukannya aku tinggalkan solat pun, lewatkan saja.  Nanti waktu solat aku minta maaf la daripada Allah sebab lewatkan solat. Tak mungkin jugak aku mati waktu main game, so confirm la sempat nak solat lepas ni. 
#Kalau kita perasan, mereka ini cuba untuk menyesuaikan ajaran Islam dengan kehidupan mereka. Mereka bukan hidup berdasarkan ajaran Islam. Tapi ajaran Islam diolah mengikut kehidupan mereka.

#Kita berusaha untuk mencari hiburan mengisi keinginan diri untuk mencari kepuasan. Apa yang kita akan dapat ialah kita tak akan pernah puas. Sebab semua yang kita cari adalah suatu perkara yang palsu yang bersifat sementara.

#Tujuan kita untuk mancari hiburan, kerana kita ingin lari dari masalah yang menimpa kita. Kita tak selesaikan masalah, tapi kita cuba lari darinya. Selepas kita mencari hiburan, kita dapati masalah masih tetap masalah, masih tidak selesai, malah makin bertambah teruk.

**Special thanks to The Deen Show for the video.
 

Monday, February 27, 2012

To do List

Oh, baru-baru ni kehidupan dunia memang sangat busy. Kalau kita tak pandai manage masa dengan optimum memang sampai sudah tak kan cukup masa tuh. Ada kerja itu lah, ada kerja ini lah, tapi kalau difikirkan balik, ini ke purpose of life aku? Bukan kan. So kene la bahagikan masa untuk dunya dan akhira. Masuk minggu ni, dah seminggu aku habis exam sem yang ke-4, kiranya naik je sem baru ni, aku dah dikira student engineering year 2 la. Owh! Baru perasan umur pun dah cecah 20. Dah tua dah, adeh. (>,<") huk, huk. Tapi yang paling tak best, exam kali ni ada 1 paper aku kene resit. Bapak arh! Cuak giler kowt. Tapi, Alhamdulillah lah dah lepas dengan jayanya. Huh, tapi ada perkara yang lagi tak  best. Sem ni, ura-ura mengatakan ada 5 orang dari batch aku yang kene dismiss. Memang unexpected la. But what I believe, God had already prepare for them a better way of life, they and all of us here need to find the hikma. Bawah ni, list exam's paper yang aku dah lalui. 
  • Fundamentals of Telecommunication Engineering *
  • Science & Technology Japanese (Kanji & Vocab)
  • Writing and Expression*
  • Science & Technology Japanese (Grammar)
  • Science &Technology Japanese (Reading)
  • Mathematics 2*
  • Information Processing 2*
  • Physics 2*
  • Chemistry 2*
  • Mechanics of Materials 1*
  • Repeat Mechanics of Materials 1*
* = in japanese

Fizzy Yusop   :Weh sam, ko jadi MC taw malam farewell dinner senpai(senior).
Aku               :Apa?!
Fizzy Yusop   :Ko nanti jadi MC dengan Wafa Syakira ganti Miizan dan Sumaiyyah.
Aku               :Cehh! Kurang ajo. Sedap-sedap je suruh orang. Hahaha.
Fizzy Yusop   :Ah, aku tak kira. Aku bertugas urus majlis malam tuh nanti. Haha.

Adeh! Tambah satu lagi kerja. Nak kene buat skrip plak tuh, tapi gaya spontan. Huhh! Tak boleh nak relaks sikit. Good News! Mark of Jurist (Al Kauthar Institute) akan diadakan di Malaysia. Sejak aku join AlKauthar untuk beberapa bulan yang lepas, aku jadi tertarik dengan course nih. Walaupun course ni agak mahal, each course RM 200++. Tapi aku rase ni course intensif yang terbaik pernah aku join. Yang paling penting kita kena cari ilmu dunya dan akhira bukan memikirkan soal duit, tapi janganlah sampai tak manage finance tuh. Kali ni speaker nya ialah Sheikh Tawfique Chowdhury.





Mark Of A Jurist Trailer(had been held in Toronto, Canada)




“Nothing that I have ever studied about Islam, has changed my thinking and allowed me to mature in my thoughts about this deen and about what Allah wants from us from our life in the 21st Century, like the knowledge of the rules of Fiqh. A person who learns it grows wiser by the day and is rewarded with amazing insight into this religion.”
** [Sheikh Tawfique Chowdhury]